10 Tips Atasi Bimbang Hilang Pekerjaan

Pandemik COVID-19 menyebabkan banyak syarikat tidak dapat bertahan. Anda mungkin melihat seorang demi seorang sahabat-sahabat anda kehilangan pekerjaan. Setiap hari anda membaca di Twitter dan Facebook, syarikat demi syarikat ditutup. Beribu-ribu anak-anak muda menjadi penganggur.

Anda berfikir apakah yang akan berlaku jika anda juga dibuang kerja. Persoalan itu sentiasa bermain di minda. Sampai ke satu tahap, anda hilang mood untuk pergi kerja. Anda tidak ceria seperti sebelumnya. Anda banyak mendiamkan diri.

Adakah ada syarikat lain yang mahu menawarkan anda bekerja lagi? Adakah anda mampu bersaing dengan anak-anak muda lain yang ada pendidikan lebih tinggi? Sejauh manakah anda dapat mengatasi pengalaman calon-calon lain yang lebih baik?

Adakah anda mampu membuat bayaran ansuran rumah dan kereta selepas ini? Bagaimana jika anda tak mampu bayar? Apakah pula pandangan jiran-jiran dan keluarga jika kereta yang anda baru beli ditarik balik?

Bagaimana pula dengan nasib ibu bapa yang bergantung pendapatan dengan anda? Adakah anda mampu menyara mereka dengan sedikit wang simpanan yang ada?

Usah biarkan kebimbangan ini merosakkan kehidupan anda. Sekiranya anda berada pada kedudukan ini, ada beberapa perkara yang anda boleh buat.

Pertama, sedar risiko bimbang berlebihan

Anda mesti sedar kebimbangan berlebihan boleh beri kesan buruk kepada kesihatan. Anda mesti nekad mencari jalan untuk tidak berfikir terlalu banyak perkara-perkara negatif. Anda mesti kembali menguasai diri.

Kedua, lihat isu ini dari perspektif betul

Memang, risiko kehilangan pekerjaan sekarang lebih tinggi berbanding sebelum pandemik COVID-19. Namun, sejauh manakah pekerjaan anda terbabit? Mungkin ada, tetapi tidaklah terlalu besar seperti orang lain.

Boleh bimbang, tetapi usahlah terlalu bimbang sehingga anda hidup dalam keadaan tertekan dan murung berterusan.

Ketiga, fikirkan yang positif

Sebagai contoh, majikan anda mungkin membeli mesin baru. Atau, melancarkan projek atau produk baru. Ini petanda majikan anda mahu kembangkan bisnes dan memerlukan anda untuk terus membantu.

Sentiasa cari berita-berita positif untuk membolehkan anda melihat isu ini dari perspektf yang sepatutnya.

Keempat, sibukkan diri

Apabila anda diam dan banyak berfikir yang bukan-bukan, maka banyaklah soalan yang bukan-bukan timbul. Soalan “bagaimana kalau … berlaku,” menyebabkan anda tertekan. Cari aktiviti yang boleh menjadikan anda sibuk.

Alihkan fikiran dari berfikir hal-hal sedemikian. Bersihkan rumah. Cuci kereta. Kemaskan bilik stor. Pergi brisk walk. Usah terperap atas katil atau habiskan masa dengan Facebook, Twitter atau TikTok saja.

Kelima, kurangkan melayani media sosial

Dalam media sosial ada banyak berita negatif di dalam dan luar negara. Selain itu, anda juga mungkin stress membaca berita-berita “kegembiraan” rakan-rakan lain. Ada cerita betul. Ada cerita tak betul. Ada cerita separuh betul.

Hadkan masa media sosial kepada setengah jam atau sejam sehari. Cukup.

Unfriend atau block sahabat media sosial yang suka upload tulisan yang buat anda stress. Sekiranya perlu, uninstall aplikasi media sosial di smartphone. Gunakan laptop untuk mengakses media sosial.

Keenam, elakkan pegang smartphone sebaik bangun tidur

Buat benda lain dulu. Sebagai contoh, kemaskan bilik. Mandi. Baca buku. Selepas satu jam, baru semak message WhatsApp atau Telegram, dan baca Twitter dan Facebook.

Usah biarkan berita negatif dalam media ini mempengaruhi mood anda sepanjang hari. Mulakan hari anda dengan perkara-perkara positif.

Ketujuh, banyakkan berbuat kebaikan

Ya, perkara yang selama ini anda pandang kecil tetapi memberikan impak yang besar dalam kehidupan orang lain.

Setiap kali kita berbuat baik kepada orang lain, kita dapat merasai diri kita ada kelebihan berbanding mereka. Ini boleh menjadikan kita lebih seronok dengan diri sendiri. Ia juga menjadikan kita berasa lebih positif.

Kelapan, fokus kepada penyelesaian

Anda tak boleh tentukan apa yang majikan akan buat, namun anda pilih apa yang anda boleh buat. Fokus kepada apa yang anda boleh buat.

Sekiranya anda ada maklumat sahih syarikat berada dalam keadaan tidak stabil, mulakan mencari kerja baru. Update Linkedin anda.

Cari pekerjaan dengan sistematik. Rancang dan bentuk strategi pemasaran diri yang betul. Anda masih anda kerja, tak perlu tergopoh-gapah.

Kesembilan, sentiasa dekat dengan Allah swt

Usah tinggalkan solat dan doa. Baca al-Quran. Apabila anda baca al-Quran, anda dekat dengan Allah swt. Jiwa anda menjadi tenang. Berdoalah kerana Allah swt mendengar doa hamba-hamba-Nya.

Dalam apa keadaan sekali pun, usah putus hubungan dengan Allah swt.

Bagi mereka yang bukan beragama Islam, lakukan meditasi.

Kesepuluh, dapatkan bantuan

Sekiranya anda mengalami perubahan sikap yang ketara dan menjadi pendiam sepanjang hari, dapatkan bantuan pakar. Mulakan dengan berkongsi dengan doktor keluarga anda. Minta dia rujuk kepada pakar yang boleh membantu.

Usah biarkan kebimbangan berlebihan merosakkan kehidupan anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s