Usah Bakar Jambatan Dengan Bekas Majikan

Beberapa tahun lalu, seorang yang pernah bekerja dengan saya meminta untuk kembali bertugas di syarikat kami. Dengan tanpa berfikir panjang, saya katakan “Ya.”

Saya berbuat begitu kerana saya tahu dia ada bakat. Selama ini pun dia berhenti dan mengekalkan hubungan baik bukan saja dengan saya tetapi juga dengan semua staf.

Dia bukanlah staf pertama yang saya terima masuk semula. Sebelum ini pun sudah ada ramai staf yang berbuat begitu.

Staf berhenti kerja disebabkan banyak faktor. Antaranya, mereka perlu kendalikan urusan peribadi (contoh: perlu berikan masa kepada anak-anak), stress dengan tingkah-laku sesetengah staf lain, atau mahu mencari peluang yang lebih baik.

Walaupun apa pun alasan, tinggalkan syarikat dengan baik. Usah bakar jambatan dengan bekas majikan.

Pertama, berikan notis perletakan jawatan mengikut kontrak pekerjaan.

Sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju dengan notis satu atau dua bulan, berilah notis sebegitu. Andainya anda perlu berhenti lebih awal, berbincang.

Sebahagian besar pengurusan syarikat adalah profesional dan sedia berunding. Usah lari begitu saja semata-mata kita gagal berunding dengan pengurusan. Nama buruk anda akan tersebar cukup cepat, terutama sekali jika anda bekerja dalam industri/sektor kecil.

Kedua, hantar emel terima kasih kepada semua staf pada hari terakhir bekerja.

Apakah yang sesuai dimasukkan dalam emel tersebut?

  • Ucap terima kasih kepada pengurusan kerana berikan anda peluang menyumbang dan telah membimbing anda selama bekerja di situ.
  • Ucap terima kasih kepada rakan-rakan sekerja anda yang bersama-sama menjayakan projek dengan anda.
  • Kongsi anekdot sekiranya sekiranya sesuai.
  • Ucap selamat maju jaya kepada syarikat dan semua staf.
  • Nyatakan kesediaan anda untuk terus menyumbang sekiranya diperlukan.
  • Berikan alamat emel atau nombor handphone (jika sesuai) peribadi untuk dihubungi.

Ketiga, sekiranya anda berada dalam WhatsApp group rasmi syarikat, berikan nota terakhir sebelum meninggalkan group berkenaan.

Sebagai contoh: “Insya-Allah, mulai bulan depan saya akan bertugas di tempat baru. Saya ucapkan terima kasih kepada semua. Dengan ini saya mohon mengundurkan diri dari WhatsApp group ini. Salam hormat dan selamat maju jaya. Please keep in touch.”

Perbuatan meninggalkan WhatsApp group syarikat tanpa meninggalkan nota terakhir samalah seperti kita keluar dari rumah saudara tanpa memberitahu tuan rumah. Perbuatan sedemikian menimbulkan persepsi tidak baik kepada anda.

Keempat, sentiasa berhubungan dengan pengurusan dan staf. Apabila ada perkembangan positif syarikat, hantar emel atau WhatsApp kepada bekas CEO atau Ketua Jabatan. Ucapkan tahniah.

Sekiranya anda staf berkahwin atau menimang cahaya mata baru, ucapkan tahniah kepada mereka.

Apabila dijemput ke majlis syarikat, cuba untuk hadir.

Biar jauh di mata, usah jauh di hati.

Dan kelima, sekiranya anda diminta melatih staf baru menggantikan tempat anda, bantu mereka. Usah berkira sangat.

Harimau mati meninggalkan belang. Kita pergi dengan nama terbilang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s