Cara Memasarkan Diri di Linkedin

Cuba lihat statistik pengguna Linkedin di Malaysia.

  • Sehingga Mac 2020, ada sekitar 5.41 juta pengguna Linkedin di negara ini.
  • Daripada jumlah itu, 88.5% pengguna berusia di bawah 34 tahun.
  • Sementara 10.5% berusia antara 35 hingga 54 tahun.
  • Pengguna berusia atas 55 tahun kurang 1%.

Apakah yang dapat kita “baca” dari data di atas?

Sebahagian besar pengguna (lapan dari 10 orang) adalah mereka yang berada dalam usia mencari pekerjaan (selepas tamat pengajian atau bertukar pekerjaan baru pada awal kerjaya).

Sebab itu, tidak hairanlah kebanyakan tulisan di Linkedin pengguna Malaysia berkisar kepada pengalaman mencari pekerjaan. Ramai juga yang menulis mengenai pekerjaan pertama atau berpindah kerja. Sementara, sesetengahnya pula memuatkan resume penuh.

Adakah cara ini salah? Tak.

Adakah ini cara terbaik untuk seseorang melakukan “personal branding” dan memasarkan diri kepada bakal majikan? Saya fikir, tidak.

Sekiranya begitu, apakah cara terbaik untuk “memasarkan” diri Linkedin. Saya berikan lima tips.

Pertama, dapatkan audien yang betul

Sebagai contoh, sekiranya anda mahu membangunkan kerjaya dalam bidang teknologi makanan, bina jaringan audien dalam industri itu.

Dapatkan connection dari pengamal industri, pengurus pengambilan (recruitment managers), ahli-ahli akademik, pertubuhan professional, pertubuhan perdagangan (trade association), wartawan, dan graduan dalam industri yang sama.

Adakah tak boleh ada connection dari mereka di luar industri? Boleh, cuma tak perlulah terlalu ramai.

Usah hadkan kepada mereka di Malaysia tetapi juga di luar negara.

Audien yang betul penting. Dengan cara ini anda akan lebih visible kepada mereka.

Kedua, letakkan headline yang ada tawaran nilai

Headline seperti “Fresh graduate seeking a job” berbunyi terdesak. Sebaliknya, tulis headline yang ada tawaran nilai atau value propositions.

Cuba lihat headline ini.

“Recent graduate with in-depth knowledge of HACCP, GMP, Halal, MESTI, and other food safety/quality systems.”

Headline manakah yang lebih menarik minat audien yang sedang mencari staf tambahan?

Ketiga, kongsi pengetahuan dalam bidang anda

Buat posting dalam bidang anda. Anda boleh buat posting asli atau share artikel lain dengan berikan sedikit ulasan. Sekiranya anda tak tahu apa nak tulis, cuba lihat artikel dalam industri anda yang sedang trending di Linkedin.

Sekiranya tak ada orang klik “like” atau “share” tulisan anda tak mengapa. Awal-awal memang begitu. Apa yang penting ialah anda tampilkan diri anda kepada audien sebagai seseorang yang terlatih dalam bidang itu.

Inilah yang dimaksudkan sebagai “personal branding.” Buat posting satu atau dua kali seminggu.

Keempat, komen tulisan audien terutama sekali pengamal industri

Sekali lagi, tujuan anda komen ialah untuk kelihatan (visible) kepada mereka. Selepas beberapa kali anda komen, mereka akan lihat profil anda. Mereka akan cuba kenali anda.

Elakkan komen sepatah perkataan seperti “Agree.” Atau sekadar, “Congratulations.”

Sekiranya bersetuju, nyatakan apakah yang anda bersetuju. Berikan nilai tambah. Sekiranya nak ucapkan tahniah, nyatakan kenapa anda ucapkan tahniah. Contoh, “Congratulations on your appointment as the CEO of ABC Sdn Bhd.” Kalau dapat tambah satu atau dua ayat lagi selepas itu, lagi bagus.

Gunakan ejaan penuh dan tatabahasa yang betul.

Sekiranya anda komen di wall orang Malaysia, elok bahasakan mereka dengan Encik, Tuan, Puan, Dato, Prof, Dr, Mr, Ms atau Mrs. Sekiranya anda komen di wall orang luar negara (contoh: Amerika Syarikat), anda boleh panggil mereka gunakan nama pertama (first name), tanpa Prof atau Dr.

Kelima, update Linkedin sepanjang masa

Pastikan anda login Linkedin sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu.

Bukan saja sewaktu anda sedang mencari pekerjaan tetapi juga apabila sudah bekerja.

Linkedin ialah platform untuk anda berinteraksi dan berkolaborasi dengan mereka dalam industri.

Pastikan maklumat anda sentiasa dikemaskini. Letakan emel yang betul supaya senang dihubungi.

Sentiasa gunakan strategi soft selling di Linkedin.

Buat personal branding dan brand positioning yang betul.

Capai audien yang betul.

Insya-Allah, anda akan lebih visible kepada mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s