Adakah Patut Terima Counter Offer?

OK, anda sudah berikan surat perletakan jawatan.

Beberapa hari kemudian, Ketua Jabatan anda beritahu pengurusan syarikat setuju berikan counter offer. Gaji anda dinaikkan sama seperti yang ditawarkan oleh syarikat baru.

Adakah anda patut terima counter offer itu?

Ya dan tidak.

Ya, sekiranya anda perlu terus bekerja di situ. Sebagai contoh, jarak antara rumah dan pejabat dekat berbanding tempat kerja baru. Sekiranya anda ada anak kecil, itu adalah merupakan satu “insentif” yang penting. Anda tak ada banyak pilihan.

Atau, anda baru saja beberapa bulan bekerja di situ. Nak bertukar tempat kerja pun terlalu awal sangat.

Tidak, sekiranya tujuan anda berhenti ialah untuk mencapai matlamat kerjaya yang lebih baik. Anda sudah berfikir masak-masak apa yang anda mahu capai. Anda tahu dengan berhenti, anda boleh memacu kerjaya anda lebih hebat lagi.

Ini bukan keputusan yang dibuat secara tiba-tiba. Malah, anda berhenti pun bukan disebabkan anda ada masalah dengan syarikat atau sesiapa di syarikat itu.

Tidak, sekiranya majikan tak tahu menghargai kakitangan.

Apabila ada staf nak berhenti, barulah nak tunjukkan mereka prihatin. Contoh: selepas bertahun-tahun kerja, gaji tak naik. Tetapi apabila staf beri surat perletakan jawatan, barulah nak naikkan gaji. Nak beri bonus. Nak beri elaun.

Selama ini banyak cadangan staf dibakulsampahkan. Pengurusan tak pandang sangat pun apa yang mereka cakap. Setelah staf nak berhenti, barulah sibuk nak tanya pendapat.

Sekiranya counter offer itu hanya melibatkan kenaikan gaji tanpa perubahan-perubahan yang bersifat jangka panjang, elok tolak saja.

Sebabnya ialah selepas anda terima counter offer itu, majikan akan kembali ke perangai lama. Masalah anda tak selesai.

Syarikat sebegini melihat staf sebagai “alat” untuk mencapai KPI organisasi saja. Mereka gagal melayani staf sebagai rakan kongsi penting dalam bisnes.

Mereka berikan counter offer bukan kerana anda bernilai, tetapi mereka tak mahu “sakit kepala” cari staf baru.

Bagaimanapun, jika counter offer itu melibatkan perubahan-perubahan penting yang anda mahu lihat dalam syarikat, bolehlah dipertimbangkan.

Sebagai contoh, syarikat setuju menukarkan SOP yang tidak beri manfaat kepada pelanggan. Begitu juga jika syarikat bersedia “membuang” seorang kakitangan pengurusan yang tidak beretika (contoh: rasuah) dan sering menimbulkan masalah kepada semua orang lain.

Sekiranya tidak, buatlah keputusan yang terbaik untuk diri anda. Jika anda mahu pergi, maka pergilah.

6 thoughts on “Adakah Patut Terima Counter Offer?

  1. Salam Tuan. Saya nak tanya pendapat tuan. Syarikat saya masih tidak membayar gaji saya dari bulan Feb sehingga Mei ini. Untuk kwsp, dalam slip gaji dipotong tapi dalam akaun kwsp tiada. Saya suka bekerja di syarikat tersebut tapi masalah begini buat saya tawar hati. Saya perlu gaji untuk hidup tuan. Simpanan terpaksa saya gunakan. Apa pendapat tuan?

    Like

    1. Salam puan, saya fikir empat bulan tak bayar gaji adalah satu tempoh yang lama. Begitu juga apabila syarikat tidak membuat caruman KWSP. Eloklah puan cari kerja lain dan laporkan isu KWSP kepada pihak berkenaan. Usah buang masa kerana ini melibatkan masa depan puan juga.

      Like

  2. Saya ad satu situasi yg mana sy telah mndapt offer sbg eng. dlm skop bidang kerja yg sama di sebuah syarikt baru yg stabil. Tetapi telah di counter offer dgn gaji yg 5% kurang dan tukar dept. baru yg sy rasa ia adalah peluang yang sngat baik utk saya mencari ilmu baru tetapi degn jwtan assistant.

    Tujuan utama sy mencari kerja baru adlh rakan2 sekerja yg memendng rendh jwtn seseorng itu.

    Sy perlukan pendapat dr sisi pndgan tuan terutamnya di musim kegwtan ekonomi sekrng ini.

    Terima kasih.

    Like

    1. Ambilkira (1) matlamat kerjaya, (2) keperluan kewangan, (3) pendidikan, skil dan pengalaman yang ada, (4) kesediaan membuat pelaburan untuk pembangunan diri, dan (5) apakah yang menjadikan anda gembira.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s