Jawapan Soalan, “Perkenalkan Diri Anda.”

Soalan pertama yang sering ditanya sewaktu temuduga ialah, “Please introduce yourself,” atau “Perkenalkan diri anda.”

Soalan ini nampak mudah.

Bagaimanapun ramai calon gagal ambil peluang ini membuat “pitching” atau memasarkan diri kepada bakal majikan.

Apa yang berlaku ialah calon bercerita asal-usul keturunan yang tak banyak membantu memasarkan dirinya.

Contoh: “Saya berasal dari kampung. Ayah saya cikgu. Emak saya suri rumah. Adik-beradik saya ada empat orang. Abang saya bekerja cikgu juga. Kakak saya menjadi kerani. Saya anak ketiga, dan adik saya masih bersekolah.”

Jawapan itu tak salah. Malah, ia “memanusiakan” sesi temuduga itu. Bagaimanapun sekiranya anda meleret bercerita hal keluarga, anda rugi.

Apakah yang perlu anda lakukan?

  • Gunakan kesempatan ini untuk memasarkan diri.
  • Buat elevator pitch. Ringkas dan padat. Berapa lama? Cukuplah satu hingga dua minit. Sekiranya dapat kurang, lagi bagus.
  • Jadikan penemuduga mahu bertanya lanjut apa yang anda beritahu. Buatkan mereka mahu tahu lagi dan lagi dan lagi.

Saya sarankan anda bahagikan jawapan kepada tiga bahagian:

Pertama, latarbelakang anda. Berikan penemuduga melihat aspek “manusia” anda.

Contoh: “Saya berasal dari Alor Setar. Ayah saya seorang guru, manakala ibu saya suri rumah. Selepas mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sultanah Asma, saya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Perlis. Saya tamat pengajian dalam bidang Kejuruteraan Awam dengan kepujian.”

Kedua, nyatakan apa yang anda lakukan sekarang.

Contoh: “Selepas tamat pengajian, saya berkhidmat sebagai Pelatih Jurutera Siswazah dan kemudian menjadi Jurutera di Syarikat ABC. Saya kini mempunyai tiga tahun pengalaman dalam bidang pembangunan kompleks komersil.”

Ketiga, berikan tawaran kepada bakal majikan.

Contoh: “Saya yakin dengan pengalaman tersebut saya dapat membantu perkembangan syarikat ini dalam menerokai pasaran baru di negara-negara Asean. Saya percaya syarikat ini boleh mencapai sasaran perolehan RM500 juta pada tahun depan dan saya yakin skil yang saya ada boleh membantu syarikat ini.”

Aha, ini menunjukkan anda telah membuat penyelidikan sebelum datang temuduga.

Jawapan sebegini sesuai sekiranya temuduga dibuat dalam suasana formal. Bagaimana jika anda ditemuduga oleh syarikat kecil, suasana lebih santai.

Penemuduga mungkin mahu berbual kecil dulu. Sekiranya begitu, layanlah. Cuma apabila anda lihat ada peluang, terus buat pitching seperti di atas.

Sekiranya tidak, anda akan melalui sesi temuduga yang panjang, tetapi tak dapat memasarkan diri dengan baik. Setakat sembang kosong sajalah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s