Ucap Terima Kasih Selepas Temuduga

Selepas menemuduga calon-calon sepanjang hari, saya kembali ke bilik. Duduk di depan laptop sambil membaca emel yang banyak.

Di celah-celah emel yang banyak itu, ada satu emel yang saya masih ingat sampai sekarang. Seorang calon menghantar emel kepada saya. Dia ucapkan terima kasih kerana saya menemuduga dia pagi tadi.

Dalam emel ringkas itu juga dia ulangi minat untuk bekerja di syarikat kami dan membuat pitching kenapakah dia calon terbaik.

Selepas membaca emel itu, saya meminta pembantu saya dapatkan resume dia. Saya nak lihat sekali lagi.

Apabila seseorang calon menghantar emel kepada penemuduga, ia meninggalkan kesan positif.

Pertama, ia menunjukkan budi bahasa calon.

Kedua, ia mengingatkan penemuduga kepada calon tersebut. Dalam ramai-ramai, nama dia timbul kembali.

Ketiga, calon boleh buat pitching ringkas dalam beberapa patah perkataan yang cukup bermakna. Selepas temuduga, dia lebih memahami syarikat, pengurusan dan kemahuan mereka.

Sekiranya anda menghadiri temuduga, hantarlah emel, surat atau WhatsApp ucapan terima kasih. Buatlah sedemikian dalam masa 24 jam. Ketika itu ingatan penemuduga terhadap calon masih segar.

Usah panjang-panjang. Usah ulang lagi apa yang telah disebutkan sewaktu temuduga tadi.

Adakah anda akan dapat kerja jika menghantar ucapan terima kasih?

Tak.

Namun, ia boleh meninggalkan bekas kepada penemuduga. Bekas yang kita nampak sedikit itulah yang kadang-kadang mempengaruhi keputusan nak ambil atau nak tolak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s